21 Feb - Bekas penjaga gol kebangsaan, Chow Chee Keong telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi tadi. Berita ini disahkan sendiri oleh anaknya melalui akaun Facebook Adrian Chow.
Menurut Adrian, ayahnya telah berjuang habis-habisan untuk melawan penyakitnya itu. Namun, semuanya telah tertulis selepas mendiang menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.08 pagi.
Chow Chee Keong meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya. Chee Keong merupakan pemain bola sepak profesional pertama negara dan pernah dinobatkan sebagai pemain terbaik Asia sebanyak lima kali berturut-turut oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dari tahun 1966 hingga 1970.
Pemain lagenda Malaysia itu juga pernah mewakili pasukan yang berpengkalan di Endgland, Bedford Town, tetapi mula mencipta nama dbersama beberapa pasukan di Hong Kong.
Antara pasukan yang pernah mendiang wakili adalah, HK Rangers, South China dan Tung Sing. Chee Keong mula menjadi penjaga gol utama negara sekitar awal 80an.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut mengumumkan kematian Chow Chee Keong menerusi laman Facebook rasmi mereka.
Dari Astro Awani :
KUALA LUMPUR: Malaysia kehilangan sebuah permata berharga dalam arena bola sepak dengan pemergian Chow Chee Keong pagi ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.
Perkara ini telah disahkan oleh anak mendiang, Andrian Chow, melalui laman sosial Facebook miliknya.
Dalam perkongsian itu, anaknya menulis, “Pada jam 8:08 pagi (21 Februari 2018), ayah saya, Chow Chee Keong meninggalkan kita dengan tenang. Beliau telah lama berjuang dengan tabah untuk terus hidup bersama kami.”
Bagi peminat bola sepak tanah air zaman 70-an, nama Chow Chee Keong akan sentiasa tersemat sebagai lagenda.Mendiang yang berasal dari Selangor, mula mewakili Malaysia pada tahun 1965, pernah dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) lima kali berturut-turut daripada 1966 hingga 1970.
Pada usia semuda 21 tahun mendiang berhijrah ke Hong Kong dan bermain untuk beberapa kelab seperti Jardine FC, HK Rangers, dan South China AA.
Di Liga Hong Kong, mendiang digelar sebagai “Gerbang Besi Tanpa Karat Asia” dan “Pedang Gila” serta merupakan aset penting untuk skuad kebangsaan.
Bersama pasukan Malaysia, Chow Chee Keong pernah mewakili negara dalam temasya Pestabola Merdeka dan Kelayakan Piala Dunia sekitar tahun 1980 sebelum bersara pada 1985.
Kredit : Siakapkeli.my Dan AstroAwani
