Pelbagai Destinasi Menarik ‘Tersembunyi’ Di Taiwan

KALAU tidak banyak, sedikit rasa terkejut pasti ada apabila menjejakkan kaki di bumi Taiwan! Benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta. Mengenali Taiwan memberi pengalaman berbeza, menerbitkan rasa cinta yang tak disangka-sangka.

Bila hati sudah terpaut, tidak hairanlah penerbangan pergi dan balik ke Taiwan yang memakan masa kira-kira lima jam sehala dengan pesawat China Airlines ini langsung tidak dirasa sia-sia, lebih-lebih lagi syarikat penerbangan menawarkan skrin LCD, membuatkan penumpang tidak bosan semasa dalam penerbangan. Mereka boleh mendengar lagu, menonton drama terkini dan juga bermain ‘games’ semasa di atas awan!

Menawarkan penerbangan gergasi hampir setiap hari, pesawat Boeing 737 300er akan mendarat dan berlepas di Lapangan di Lapangan Terbang Taoyuan, yang terletak lebih kurang 40 kilometer di barat Taipei.

CHINA AIRLINES MENAWARKAN PESAWAT JENIS B777-300ER YANG SELESA DAN RUANG KAKI YANG LUAS

 

Di kalangan pelancong, Taipei yang merupakan bandar terbesar, paling sibuk dan berwarna-warni di Taiwan sememangnya menjadi destinasi paling popular dan digemari untuk dilawati. Ia terletak di bahagian utara Taiwan, di mana terletaknya banyak spot yang sesuai untuk ber’instagram’!

Kebiasaannya, sebaik tiba di Taipei, perkara pertama dan paling utama dilakukan pelancong tentunya melawat menara Taipei 101 yang juga merupakan mercu utama metropolitan ini.

IKON TAIPEI YANG PALING TERKENAL- TAIPEI 101

 

Tempat-tempat lain yang boleh dilawati di Taipei termasuklah Beitou Thermal Valley, The Grand Hotel, Yehliu Geopark, Yangmingshan National Park, Danshui Fisherman Wharf, Fort San Domingo dan juga Chiang Kai-Shek Memorial Hall.

GRAND HOTEL MERUPAKAN SALAH SATU SENIBINA UNIK YANG KEMERAH-MERAHAN DARI KEJAUHAN

 

Namun, apa kata Taipei ditinggalkan seketika! Ini kerana, selain Taipei, ramai yang tidak tahu bahawa banyak lagi tempat menarik di Taiwan yang boleh diteroka.

Jika tidak, masakan negara yang dikenali sebagai Permata Asia ini diberi gelaran ‘Rahsia Terulung Yang Terselindung di Asia’ oleh National Geographic Traveler.

Pesona Tasik Sun Moon

Di bahagian tengah Taiwan, apa yang boleh anda lakukan adalah mengunjungi Tasik Sun Moon, di Nantou, sebuah tasik air tawar yang sangat luas dan indah, penuh dengan mitos dan sejarah tersendiri.

Disebabkan faktor muka buminya yang unik, kawasan pergunungan ini sering menjadi lokasi untuk acara-acara besar termasuklah acara bertaraf antarabangsa iaitu Festival Berbasikal Taiwan yang menyaksikan kehadiran ramai peserta dari seluruh pelosok dunia.

KAWASAN INDAH SUN MOON LAKE MENDAPAT NAMANYA DARI RUPA BUMI YANG UNIK YANG KELIHATAN SEPERTI MATAHARI DAN BULAN SABIT JIKA DI LIHAT DARI ATAS.

 

Pada waktu itu jugalah ramai rakyat Taiwan yang terkenal dengan aktiviti riadah dan bersantai akan keluar berbasikal bersama rakan, ahli keluarga atau berkumpulan di kawasan yang tidak tercemar dek pembangunan ini.

Pasar Jadi ‘Syurga’, Hiburan Malam

Sinonim dengan Malaysia, Taiwan juga mempunyai pasar malam tersendiri. Cuma uniknya negara ini apabila pasar-pasar malam bagai ‘syurga’ dan hiburan malam, bukan sahaja untuk pelancong, malah ia umpama ‘gaya hidup’ yang sebati dengan penduduk tempatan.

Di Taipei sahaja, walaupun terdapat banyak pasar malam yang menjadi sebut-sebutan, Pasar Malam Shilin merupakan pasar malam nombor satu dan paling besar selain Pasar Malam Jalan Raohe dan Pasar Malam Ximending.

 

PASAR MALAM SHILIN MERUPAKAN PASAR MALAM TERKENAL DAN TERBESAR DI TAIPEI

 

Tidak kira pasar malam mana yang menjadi pilihan, ia menawarkan pelbagai barangan menarik seperti kasut, beg tangan, barang keperluan rumah, aksesori, permainan dan sebagainya. Malah, lokasi ini turut menjadi lokasi paling sesuai untuk membeli cenderamata.

Di sini, tawar-menawar amatlah digalakkan bagi membolehkan pelancong berbelanja sakan, seterusnya pulang dengan senyuman membawa barangan idaman hati.

Bagi golongan muda, tempat yang paling sesuai dikunjungi semestinya pusat beli-belah dan bazar-bazar fesyen yang terletak di daerah Ximending. Kawasan yang lebih moden dan komersil ini juga dibuka sepanjang hari, tidak terhad kepada waktu malam sahaja.

Di situ nanti, pengunjung yang gemar berfesyen bukan sahaja dapat membeli pakaian atau aksesori mengikut perkembangan semasa dengan harga berpatutan, tetapi juga dapat mencuci mata, melihat kumpulan remaja atau dewasa bergaya dengan fesyen jalanan yang cukup menarik.

BERMINAT KE TAIPEI & TAICHUNG?

Untuk menyertai pakej ke Taipei & Taichung ini, Five Estec Travel Sdn Bhd telah memperkenalkan pakej barunya yang merangkumi tempat lawatan baru di Taichung untuk kepuasan para pelanggan. Hubungi pejabat mereka di 03-91002101/013-3615604 untuk menempah, harga dijamin tidak terdapat di tempat lain!

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *