MasyaAllah.. Selama 15 tahun berkahwin TETAPI status adalah TIDAK SAH!! Sebabnya??

Setelah lima belas tahun berumahtangga dan mempunyai tiga orang cahaya mata, akhirnya hubungan Ali dan Asiah berakhir dengan perceraian. Perceraian berlaku kerana antara mereka sudah tiada persefahaman lagi. 

Asiah menjalani kehidupan sebagai janda selama tiga tahun. Dia ingin berumahtangga sekali lagi apabila bersetuju menerima pinangan  Awang, seorang duda muda yang baru kematian isteri. 

Semasa berurusan di pejabat agama, Asiah terkejut kerana melalui pemeriksaan sijil nikah ibu bapanya, didapati dia adalah anak luar nikah kerana dia dilahirkan selepas lima bulan, ibu bapanya berkahwin. 

Kadi mengesahkan perkahwinan Asiah dan Ali sebelum ini yang berwalikan “bapanya” adalah tidak sah kerana tidak menggunakan wali yang sebenar. Sepatutnya pernikahannya dengan Ali adalah dengan berwalikan wali raja atau wali hakim. Oleh kerana pernikahannya sebelum ini tidak sah, maka perceraiannya juga tidak sah. “Bapa ” Asiah mengakui kesalahannya kerana sanggup menjadi wali perkahwinan Asiah dengan Ali kerana ingin menyembunyikan hakikat Asiah adalah anak zina. 

Rupa-rupanya selama lima belas tahun kehidupan Ali dan Asiah sebagai suami isteri adalah tidak sah akibat ego seorang lelaki penzina yang tidak mahu mengakui kesalahannya. 

Kadi memutuskan perkahwinan Asiah kali kedua dengan Awang hendaklah berwalikan wali raja atau wali hakim. 
Kongsikan supaya lebih ramai yang cakna tentang isu ini. Perkara ini perlu dipandang serius. Semoga bermanfaat

(Catatan Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar)

Sumber FB : Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *