Jom Melancong Ke Taiwan Dengan Harga Rendah, pastinya Berbaloi!
TIDAK dinafikan bila sebut sahaja tentang Taiwan, pasti ramai kalangan orang muslim yang ragu-ragu untuk ke sana kerana pelbagai perkara bermain di benak fikiran. Antaranya, mereka risau untuk mendapatkan makanan Halal, kekangan untuk solat, dan tempat lawatan yang terhad.
Dalam minda kita, Taiwan sebuah negara yang mengamalkan agama Buddha maka sukar bagi orang muslim untuk menjalani ibadah di sana.
Jangan risau! Ayuh buang mindset negatif tu jauh-jauh! Ini semua jauh sekali tidak benar!
Ini kerana wakil Five Estec Travel Sdn Bhd sendiri, Pn Sharizan Mohd Saad sendiri telah berkunjung ke Taiwan beberapa kali untuk meninjau keindahan Taiwan. Menurut beliau, Taiwan merupakan Negara yang bersih, penduduknya ramah dan pastinya Muslim friendly!

Anda nak merasai pengalaman unik yang mengasimilasikan budaya Jepun & Amerika ini? Jom lah melancong ke Taiwan bersama Five Estec Travel sekarang! Syarikat ini sedang membuat promosi kaw kaw harga patut dan berbaloi Pakej percutian Enchanting Taipei & Taichung 6H5M serendah RM2,990 sahaja seorang.
Pakej ini merupakan destinasi pelancongan terbaik yang menggunakan hotel 3 bintang sebagai tempat penginapan.
Apa yang penting, tidak perlu risau tentang tempat solat & makanan halal. Semuanya akan diaturkan untuk anda daripada A sampai Z!!!


Restoran yang bakal dikunjungi itu pula mendapat sijil iktiraf halal di mana diterima sendiri daripada Persatuan Cina Muslim di Taiwan. Kedudukan hotel pula strategik berada di tengah metropolitan!
Penginapan yang selesa, menarik dan tambah pula berhampiran dengan tempat shopping. Apa tunggu lagi? Anda hanya perlu datang ke sana dengan bawa duit shopping sahaja.
Perlukan guide yang best & cool pula? Jangan risau, semuanya akan uruskan hanya untuk anda!

INGIN MEMBUAT TEMPAHAN?
Anda perlu hantarkan kami butiran terlebih dahulu supaya kami dapat update anda jika masih ada kekosongan pada tarikh percutian anda.
Bayaran deposit adalah sebanyak RM500 seorang semasa pendaftaran dan bayaran penuh 20 hari sebelum berlepas.
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan promosi dan pendaftaran sila hubungi di talian 03-91002101/03-91002004.
Anda juga boleh menghubungi melalui aplikasi whatsapp di talian 012-6912857/013-2560140. – MEDIAMASAKINI